Daftar Driver Grab? Whatsapp 'grab' ke 019 205 5657.

Kereta yang sesuai buat uber dan grab

thumbnail
Mungkin tuan terfikir, sesuai ke reta aku ni nak buat uber dan grab. Nak jadi drive uber dan grab ni pun kena ada strategi jugak la barulah boleh memaksimunkan income. Kalau  main hentan jer, kereta 1.8 yang telan minyak kuat tu pun incomenya sama macam axia juga. Baik guna axia kan. Post ni cuba berkongsi dan mengulas tentang kereta manakah paling berbaloi untuk buat uber dan grab sebelum anda mendaftar jadi pemandu grab tanpa kiosk ataupun daftar sebagai pemandu uber di Malaysia.

Terdapat beberapa kategori kereta untuk uber dan grab. Untuk uber ada kategori uber x, uber xl dan uber black. Untuk grab pula ada grab bajet, grab taxi, grab mpv dan grab premium. Tuan boleh semak senarai jenis kereta yang boleh buat grab di sini. Jadi kereta tuan ada dalam kategori mana sebab setiap kategori mempunyai tambang yang berlainan.

Sewa kereta buat Grab melalui Grab Project Gold

thumbnail
Buat duit sebagai pemandu Grab memang boleh tahan incomenya. Kalau full time boleh cecah 4k sebulan, serius ni. Tetapi tak semua mampu melepasi pendaftaran sebagai pemandu Grab kerana tidak mempunyai kereta yang layak untuk mendaftar Grab. Dengan pelbagai sebab dan terdapat dua cara lain untuk menjadi pemandu Grab tetapi takde kereta,


Salah satu caranya ialah dengan sewa kereta dari penyedia khidmat ini. Sewaannya boleh tahan juga. Ada yang rm400/week ya. Itu perkara biasa tuh kalau sewa kereta untuk buat Grab malah Uber pun. Banyak boleh di jumpai servis-servis sewa kereta ni di dalam group whatsapp grab dan uber. Bagi saya, kalau nak sewa kereta untuk buat grab atau uber, kerana buat full time. Kalau part time tak berbaloi. Lebih baik beli kereta murah-murah dan daftar sebagai pemandu Grab dan Uber. Untuk mendaftar sebagai pemandu Grab tanpa kena pergi ke kiosk, boleh baca link tu. Untuk daftar driver uber pula, boleh baca prosesnya di link yg saya berikan.

Cara tukar statement uber ke pdf format dari uber partners

thumbnail
Cara senang tukar statement uber ke pdf format dari uber partners. Biasanya kalau korang nak daftar sebagai pemandu grab, korang diminta memberikan statement uber dalam bentuk pdf ( jika korang telah jadi pemandu uber ) dan masalah yang timbul ialah korang sukar untuk tukarkan statement uber tersebut dalam bentuk pdf. Ini adalah kerana korang jarang atau tak pernah menggunakan fungsi untuk conver ke pdf dokumen menggunakan smartphone korang.

Kali ini saya berkongsi cara untuk menukar statement uber korang menggunakan smartphone korang ke bentuk pdf untuk memudahkan korang mendaftar sebagai pemandu grabcar. Korang ikuti langkah demi langkah untuk mengubah statement uber korang ke bentuk pdf. Jika korang hanya screenshoot sahaja statement uber untuk mendaftar driver grab, permohonan korang tak lengkap. Jadi save statement uber dalam pdf sangat penting untuk korang tahu. Kalau korang nak gunakan pc untuk save pdf statement uber, saya dah kongsikan.

Cara tukar statement uber ke pdf format dari uber partners


Tak susah untuk save statement uber dalam pdf. Korang ikuti langkah demi langkah di bawah hingga selesai. Sebagai permulaan, korang tekan link uber partner di bawah yang akan membawa korang ke gambar 1 seperti di bawah:

Tekan link uber partner: https://partners.uber.com/dashboard/









Ok, selesai untuk tukat statement uber dalam pdf? Korang boleh ambil file ni di dalam " my document ' di dalam smartphone korang. Korang boleh whatsapp kan kepada orang yang hendak tolong daftarkan korang sebagai pemandu Grab di Malaysia.


Cara pengiraan insentif pemandu Grab oleh Grabcar Malaysia

thumbnail
Memang telah ramai pemandu Grabcar di Malaysia ini dan bilangannya semakin bertambah setiap hari kerana grabcar driver registration sangat lah mudah malah percuma lagi. Jika anda tercari-cari jawapan kepada how to become grabcar driver malaysia, anda telah terjumpa blog yang berkongsi tentang grabcar driver registration. Untuk lebih memahami cara pengiraan insentif pemandu Grab oleh Grabcar Malaysia, eloklah anda mempunyai akaun sebagai pemandu Grabcar dahulu. Pendaftaran sebagai pemandu Grabcar di sangat mudah, boleh buat secara online sahaja dan percuma.

Setelah anda mendaftar sebagai pemandu Grabcar, ada pelbagai cara yang dikategori untuk anda mendapat pendapatan secara sampingan atau fulltime melalui driver grabcar ini. Satunya dah ramai driver Grab masuk kategori ini ialah menjana pendapatan melalui tambang Grab. Simple sahaja. Ambil rider dan dapatkan bayaran tambang. Settle. Tetapi ada satu lagi cara yang memang mengutungkan tetapi kerjaya lebih mudah iaitu menjana pendapatan daripada insentif sebagai pemandu Grabcar. Bagaimana tu? Ini yang cuba saya terangkan di dalam post kali ini.

Cara percuma daftar pemandu Grabcar tanpa kiosk

thumbnail
Cara percuma daftar pemandu Grabcar tanpa kiosk. Sekarang telah meletup juga lah ramai yang nak jadi pemandu uber dan grab / grabcar. Bukan apa, ini adalah satu peluang yang baik untuk menambah pendapatan dengan jadi pemandu grab secara part time atau full time. Di tambah lagi cara pendaftaran sebagai pemandu uber dan grab ini sangat mudah. Pendaftaran pemandu uber dan grabcar boleh di buat secara online sahaja.

Tahukah korang, sekarang korang boleh daftar sebagai driver grab / driver grabcar secara online, percuma dan tanpa perlu pergi ke hq atau kiosk grab? Korang boleh daftar dengan Alpha driver grab. Mereka di lantik oleh grab untuk mendaftarkan pemandu baru grab dengan lebih mudah kerana mereka telah ambil alih sebahagian daripada tugas kiosk iaitu untuk verify dokumen pendaftaran.

grab driver registration no kiosk


Jadi, pendaftaran sebagai pemandu grab di Malaysia sekarang ini cukup mudah dan korang pun boleh menjadi driver grabcar, mungkin esok atau lusa!

Cara percuma daftar pemandu Grabcar tanpa kiosk


Syarat jadi pemandu Grab


1. Lesen penuh ( bukan lesen P / atau L )
2. Umur 21 tahun ke atas
3. Kereta tahun 2011 ke atas. Untuk kereta tahun di buat 2007 ke 2010 perlu buat inspection di hq atau lokasi kiosk grab berdekatan korang buka di puspakom dan inspection grab adalah percuma. Contoh borang inspection grab ada di sini. Korang perlu dapatkan borang inspection yang lengkap di isi dulu sebelum boleh mendaftar sebagai pemandu grab jika kereta korang di buat pada tahun 2007 ke 2010.

inspection grab kiosk
Contoh borang inspection Grab untuk kereta tahun 2007-2010.


Dokumen yang di perlukan untuk mendaftar sebagai pemandu grab tanpa ke kiosk


1. Gambar selfie
2. Gambar lesen ( depan )
3. Gambar ic ( depan )
4. Cover note insurans ( jika dalam cover note insurans tidak di nyatakan tarikh mula dan tamat insurans, korang kena bagi dokumen sokongan iaitu geran dan roadtax kereta ). Pastikan nama korang ada sebagai pemandu ke 2 atau ke 3 dalam cover note. Kalau takde, pergi ke ejen insurans kereta korang kata nak tambah nama anda sebagai pemandu. Kos rm10 tambah GST. Murah je.

Proses daftar pemandu Grab tanpa kiosk


1. Korang whatsapp saya " daftar grab  " ke 019 205 5657

2. Saya akan bagi template / borang untuk anda isi melalui whatsapp. Korang juga kena bagi gambar dokumen yang saya perlukan untuk daftar grab percuma tanpa kiosk.

3. Saya akan verify dokumen yang korang bagi kepada saya di mana saya akan berjumpa dengan anda untuk melihat dokumen yang asal / original.

4. Saya akan isikan borang pendaftaran online daftar pemandu grab / driver grabcar tanpa kiosk secara percuma. Info-info dan gambar dokumen yang korang bagi kepada saya akan saya gunakan untuk siapkan pendaftaran ini. Jadi, pastikan korang bagi info yang tepat supaya pendaftaran berjalan lancar.

Cara download save payment statement Uber format pdf untuk daftar Grab

thumbnail
Cara download save payment statement Uber format pdf untuk daftar Grab. Agak sukar juga kalau kita nak save statement uber dalam format pdf. Dokumen ini diperlukan untuk mendaftar grab untuk mendapat komisen yang lebih tinggi. Tetapi ramai yang mengabaikan penyata uber bentuk pdf ini kerana tidak tahu bagaimana nak download statement uber dalam bentuk pdf copy. Post kali ni saya berkongsi tentang cara save statement uber dalam format pdf untuk di gunakan semasa daftar sebagai pemandu grab di Malaysia.

Kenapa penting statement uber pdf ni untuk pendaftaran grab? Korang boleh tanya orang yang daftarkan korang grab atau korang boleh tanya kiosk atau hq grab untuk kepastian. Memang penting penyata pdf uber ni semasa daftar driver grab. Ada banyak cara sebenarnya dan salah satunya saya nak kongsikan di sini supaya minda anda lebih tenang lagi lepas ni untuk menjana duit sebagai pemandu grabcar.

Cara save payment statement Uber format pdf


Statement atau penyata uber akan di hantar ke email korang yang telah menjadi pemandu uber setiap minggu kan. Korang buka email dari uber ni. Rupanya adalah seperti di bawah.

1. Email dari Uber mengenai payment statement setiap minggu.

 Cara download payment statement Uber format pdf
2. Klik Muat Turun



3. Klik di tempat yang di tanda supaya Profil anda keluar.


 4. Klik CETAK PENYATA

5. Klik kanan pada mouse korang, klik Print



6. Klik Change

7. Klik Save as PDF




8.  Klik Save


Tukarkan nama file bagi penyata / statement uber dalam pdf tersebut kepada nama yang sesuai. Nampak mudah tetapi tak semudah yang di jangka terutamanya jika korang takde komputer atau lap top. Ada juga window yang tiada menu save as pdf ni. Korang kena install dulu pdf creator dan sebagainya, Panduan menukar format statement uber ke pdf ini hanya berguna jika anda buka email dari uber menggunakan pc / komputer / laptop bukannya melalui lap top. Oh ya, sebelum daftar grab, korang boleh semak dulu kereta korang masuk kategori kereta grab yang mana.

Supaya korang tidak ketinggalan mendapatkan tip-tip uber dan grab, sila like facebook Friends of Uber dan Grab.

Panduan download statement uber format pdf untuk smartphone akan menyusul. Saya kena buat kajian dan cari bahan serta aplikasi dulu dan mencuba dulu barulah saya boleh kongsikan dengan korang.

Kategori dan senarai jenis kereta untuk Grabcar Malaysia

thumbnail
Selepas daftar sebagai pemandu Grabcar Malaysia, korang tentulah nak tahu kereta korang masuk ketagori mana sebagaimana Uber ada kategori X, XL dan Black kan. Untuk grab pun ada kategori juga, jangan bimbang. Tidak semua kereta layak untuk di daftarkan sebagai kereta grab kerana grab nak menjaga mutu khidmatnya. tetapi kebanyakkan kereta adalah layak.

Bermula Jan 2017 ni, kereta di buat tahun 2006 tidak layak lagi didaftar untuk grab. Kereta tahun 2007 - 2010 kena buat inspection semasa daftar sebagai pemandu Grabcar di Malaysia. Apa yang di nilai semasa inspection grab ya? Korang boleh tengok dalam borang inspection kereta Grabcar ni. Mudah je inspection grab ni. Bukan inspection kat puspakom ya. Ini staff grab yang buat dekat lokasi kiosk atau hq grab. Korang kena bawa kereta ke sana untuk di check. Kereta tahun 2011 - 2017 tak memerlukan inspection oleh Grab. Lepas pendaftaran dengan senangnya. Pastikan korang ada lesen full ( bukan P ) semasa mendaftar.

Cara tukar lokasi bandar memandu Uber dan Grab

thumbnail
Setelah mendaftar sebagai pemandu uber atau grab dan memilih lokasi untuk memandu, mungkin lama-lama pemandu berhijrah ke lokasi lain tetapi masih mahu memandu uber dan grab. Jadi ada masalah di sini kerana masa daftar uber dan grab dulu, korang telah pilih satu bandar seperti Kl/Selangor. Jadi bagaimanakah cara untuk tukar lokasi memandu uber dan grab di Malaysia? Persoalan ini akan terjawab setelah korang baca panduan tukar lokasi uber dan grab ini.

Oh ya, jika korang nak tahu cara menjadi driver grabcar, korang boleh baca panduan cara daftar sebagi pemandu grabcar online dan jika nak jadi pemandu uber, bolah baca cara senang nak jadi pemandu uber. Senang je daftar online tu. Uber dan grab beroperasi di bandar-bandar tertentu sahaja ( bukan semua bandar di Malaysia ) dan jika anda mahu bertukar memandu di lokasi yang lain, anda boleh baca panduan di bawah.

Cara daftar kursus pemandu Grab online

thumbnail
How to become grabcar driver malaysia? Mungkin ramai yang tertanya-tanya kan macam mana nak jadi pemandu grab di Malaysia atau lebih tepat lagi how to register grabcar malaysia. Cara untuk mendaftar pemandu grab secara online telah saya kongsikan dalam satu post yang lengkap. Korang boleh rujuk artikel mengenai cara daftar grab online di Malaysia untuk mendaftar sebagai pemandu Grab. Pendaftaran grab driver ni tidaklah susah mana tetapi boleh menjadi susah jika anda tidak mempunyai panduan.

Jadi sebagai menyokong pendaftaran sebagai pemandu driver grab ni, saya sediakn satu artikel di bawah tajuk Cara daftar kursus pemandu Grab. Kursus pemandu grab ini perlu dilakukan oleh bakal pemandu baru grab semasa proses pendaftaran sama ada melalui Alpha Driver atau dari driver yang lain. Korang boleh ikuti step by step untuk buat kuiz grab ni supaya korang tidak lost. Sebab tak semua orang tahu asas-asas it dan internet ni.

Cara daftar kursus pemandu Grab online

Ok, jika anda diminta untuk melengkapkan proses daftar grab online, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah. Saya dah mudahkan untuk anda salah satu step untuk proses cara daftar grab ni.

1. Jika sampai ke page seperti di bawah, korang klik " Free " tu.

daftar grabcar online

2. Klik 'Take course'

cara daftar uber malaysia

3. Klik 'Don't have an account'

cara daftar grabcar online

4. Klik 'Sign up'


cara menjadi driver uber

5. Klik 'Get Started'

cara bergabung dengan grab

6. Klik ' Start '

grab driver app for iphone

7. Klik ' Next' Bila dah selesai tengok video.

grab driver sign up

8. Klik Complete Step' bila selesai baca info2.

grab driver jobs
Korang akan dapat notis ni.

grabcar malaysia driver
Setelah itu, anda sudah siap kursus online untuk pemandu Grab. Selepas itu anda kena buat kuiz  driver online. Ada 20 soalan, kena betul min 18 soalan.

Senang sahaja untuk daftar sebagai pemandu Grab ni. Ambillah peluang ni untuk menambah pendpatan keluarga anda.

Nota dari pemandu Uber dan Grab kepada pemandu teksi

thumbnail
Kemasukkan perkhidmatan kereta Uber dan Grab telah di akui menganggu pendapatan pemandu teksi di Malaysia tetapi siapakah yang bersalah sebenar dalam kes ini. Yang ini masih kabur lagi tetapi  yang pasti pemandu teksi marah kepada pemandu uber dan grab kerana mengambil penumpang mereka. Tetapi harus difikirkan juga, penumpang yang memilih uber dan grab bukan pemandu uber dan grab yang memaksa.

Perkhidmatan uber dan grab ni tak termaksud dalam mana-mana undang-undang lagi di Malaysia. Jadi jika kena roadblock polis tu, jangan takut. POlis tak akan kacau. Yang kacau secara haram ialah pemandu teksi sahaja. Jangan tunjuk samseng ya. Untuk biasakan membawa penumpang pun bukan senang, perlukan tip-tip kepada pemandu uber dan grab juga. Barulah nampak lebih profesional.

Daftar Grab Tanpa Kiosk 2017

Cara percuma daftar pemandu Grabcar tanpa kiosk