Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Cara daftar jadi pemandu UBER

Cara daftar jadi pemandu UBER

Info ini adalah mengenai cara daftar untuk jadi pemandu uber. Kalau nak daftar indriver app malaysia, boleh baca link pendaftaran indriver. cara untuk jadi driver uber ni senang je, nak daftar senang sahaja tak memerlukan skill yang tinggi. Malah anda juga akan di berika insentif yang menarik jika anda menjadi pemadu uber. kalah grab car tuh.

Noted: Uber telah menutup operasi di Malaysia setelah bergabung dengan Grab - Daftar pemandu Grab.

Untuk daftar jadi pemandu uber, anda memerlukan beberapa dokumen penting. Nanti anda semak kat bawah. Serius saya cakap, jadi pemandu uber memang boleh menambah pendapatan anda. Uber tengah meletup kat Malaysia, jadi ini peluang baik bagi anda. Pastikan kereta anda berumur tak lebih dari 7 tahun. Maknaya kereta tak boleh yang lama la nih.

Cara daftar jadi pemandu UBER


Cara nak daftar pemandu uber ni taklah susah sangat. Tak perlu nak pergi kursus apa pun seperti dulu. Terdapat beberapa langkah untuk daftar jadi pemandu uber ni.

1. Anda kena sediakan 3 dokumen penting iaitu salinan softcopy ic anda, softcopy lesen memandu dan softcopy cover note insuran kereta anda. Untuk senang, anda ambil gambar ketiga-tiga dokumen ini guna smartphone anda. Pastikan terang ya dan boleh nampak nama anda dan info penting yang lain. Dokumen untuk anda upload masa daftar jap lagi ( upload tu ialah hantar dokumen-dokumen tu ke uber )

2. Anda kena daftar dengan uber secara online. Sekarang semua main online je senang sikit. Tak payah nak pergi ke pejabat uber tuh. Anda kena masuk website uber untuk daftar jadi pemandu uber. Untuk memudahkan anda, anda boleh klik link di bawah untuk daftar, sama juga.


DAFTAR UBER ONLINE ( klik sini )
3.  Isikan maklumat penting diri anda seperti email dan sebagainya. bagi alamat tempat tinggal anda. Untuk pengetahuan anda, walaupun ada berada di Shah Alam ( contohnya ), anda masih boleh jadi pemandu uber di kawasan lain. Masa pendaftaran pemandu uber ni, anda akan di minta untuk memberikan 3 dokumen tadi iaitu salinan ic, salinan lesen memandu dan salinan cover note insuran kereta anda. Anda upload ke uber masa daftar.

4. Lepas itu,  anda cari applikasi " Uber partner " dekat google play smartphone anda dan download applikasi tersebut. Logi Uber partner adalah seperti di bawah.

applikasi uber partner
Logo applikasi uber partner

5. Lepas tu anda log in ke applikasi uber partner yang anda download menggunakan email/ no telefon dan password yang anda berikan semasa mendaftar ( langkah 2 ). Anda kena tunggu 2-3 hari untuk pihak uber aktifkan akaun anda. dari semasa ke semasa anda on applikasi uber partner anda untuk mengetahui status anda. Hinggalah pihak uber akan menghantar email kepada anda mengatakan akaun anda telah aktif. Contoh email dari uber:

pemandu uber
Email dari uber tentang akaun uber yang telah diaktifkan

6. Anda ready untuk jadi pemandu uber dan mula membuat duit dengan menjadi pemandu uber,

Itulah langkah-langkah untuk mendaftar sebagai pemandu uber. Senang je nak dapat customer dan anda boleh juga buat secara part time. Untuk rider / penumpang pula, anda boleh baca cara daftar aplikasi uber dan  cara guna appliaksi uber untuk rider / penumpang.

Berminat? Anda boleh daftar pemandu uber hari ni juga.






Terima kasih kerana membaca Cara daftar jadi pemandu UBER.

« Previous
« Prev Post
Oldest

Tips Berkaitan



108 komen:

  1. Di alor setar tak ada servis uber

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum ada tuan, mungkin kalau ada rezeki akan di buka di sana.

      Padam
    2. Uber ada kat KL, JB, Penang, Ipoh dan kota kinabalu tuan.

      Padam
  2. area hulu langat ada uber ke?saya nak daftar jadi pemandu.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ada apa2 bayaran ke utk jd pemandu uber

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk jadi pemandu uber, bayaran ialah kosong. Maknya percuma sahaja untuk mendaftar.

      Setelah anda mengambil penumpang dan mendapat bayaran, Uber akan caj 25% dari bayaran tambang tersebut.

      Padam
  5. Salam sy cuba mendaftar. Dan kurang faham ttg doc no 3 tu pasal vehicle insurance. Sy dah upload dan mungkin tak diterima. Nak yang macam mana sebenarnya. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok. doc ni biasa ramai yang sangkut kat sini. Masa ambil gambar tuh, pastikan yang bahagian nama tuan nampak sekali dalam cover note insurans tu.

      Tuan boleh cuba sekali lagi.

      Padam
    2. LESEN P boleh tak, daftar jadi pemandu UBER

      Padam
    3. Nanti saya konfirmkan betul2 dgn uber

      Padam
    4. sama la.. saya pun sangkut tang sini. sbb insurans n nama kereta atas nama sy.. suami sy xlepas

      Padam
    5. nama kereta orang lain tak apa, tetapi nama suami puan kena ada dalam insuran kereta.

      Padam
    6. Lesen P tak boleh daftar uber, confirmed.

      Padam
  6. Saya nak tanya. Mcmne kalau rider tu nak bayar tambang guna credit card? Cthnya kalau tunai just by hand.. Kalau credit card?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bayaran kredit kad, maknanya semasa rider download app untuk rider, rider sudah masukkan sekali kredkit kad di dalam app tu.

      Jadi semasa request kereta uber, rider akan pilih cara bayaran guna kredit kad. Driver ( kita ) tak perlu buat apa-apa sebab bayaran itu akan dimasukkan ke dalam statement oleh uber nanti. Cuma kita tak dapat duit tu lagi. Bila time gaji baru dapat.

      Padam
  7. Di kangar ada tak uber?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada tuan. Uber hanya ada di Ipoh, Penang, Kota Kinabalu, KL, JB.

      Lain kali mungkin ada kat tempat tuan.

      Padam
  8. salam tuan....nk tanya sikit pasal keta...keta sya myvi tahun 2009...kalo ikut geran keta sya dh lebih 7 tahun la...boleh lg ke nk daftar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tuan. Jangan lebih 8 tahun.

      Padam
    2. tq tuan...lg satu tuan kalo keta modified bleh ke....tak ada la mod teruk pn cuma lowered je

      Padam
    3. tq tuan...lg satu tuan kalo keta modified bleh ke....tak ada la mod teruk pn cuma lowered je

      Padam
    4. keta modified secara umumnya tak boleh. Mungkin pihak uber kena tengok / buat inspection dulu keta tuan.

      Padam
    5. Klau buat exos dgn rim skit lepas x?

      Padam
    6. Klau buat exos dgn rim skit lepas x?

      Padam
    7. Klau buat exos dgn rim skit lepas x?

      Padam
    8. lepas tuan, jgn bimbang.

      Padam
  9. Salam..tmpg tnye..sy dah register uber online..email approved pun da dpt..xpyh g pjbt uber ke? Kira dah bley trus memandu ke? Xreti nk mulakan cmane..😂😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah pergi ofis.

      Kalau app uber driver dah boleh online, boleh mulakan dah tu.

      Padam
  10. suami saya nak daftar uber.. tp kereta atas nama sy.. so mmg x leh ke nk daftar uber?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, dengan syarat nama suami puan ada dalam cover note insuran kereta. Kalau nama suami puan tak ada, boleh masukkan di syarikat insuran tersebut dgn sedikit bayaran.

      Harap membantu.

      Padam
  11. Keta sy waja masih ok standard thn 2005 bole tak apply

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tuan, tak boleh sbb kereta paling lama kena umur 8 tahun ( 2008).

      Kena beli kereta baru ni, saga baru ke.

      Padam
  12. Kalau taun ni kereta sy dh 8 tahun, tahun depan dh 9 tahun kn?? blh buat grabcar lg ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih boleh lagi. Kalau perlu pihak grab akan memeriksa kereta tuan.

      Padam
    2. Tempoh maximum grab car selepas register bergantung kepada keadaan kereta ke??

      Padam
    3. Maksud tuan ialah jika lebih 8 tahun masih boleh jadi pemandu grabcar ke tak kan?

      Ok, macam ni, setahu saya la. Selepas 8 tahun mungkin grab akan memeriksa kereta tuan untuk pastikan kereta berada di dalam keadaan yang baik.

      Ada juga kes di mana kalau kereta premium akan downgrade ke ekonomi jer.

      Padam
  13. Klu ada saman kereta&no ic lps ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semasa pendaftaran grab, ada di tanya soalan sama ada ada ada sangkut saman atau tindakan mahkamah. Anda pilih tiada. Insyallah boleh lepas.

      Saman-saman biasa seperti speed trap, salah parking itu boleh lepas.

      Padam
  14. sya nak tanya. klu kereta atas nama org lain bolh ke jdi pemandu uber. kereta tu sya punya. tp nama kereta tu. nma adik ipar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dengan syarat nama Nurlissa ada di dalam cover note insuran kereta.

      Kalau nama takde, boleh hubungi syarikat insuran dan masukkan nama. 2 nama adalah percuma dan kalau nama ke 3 kena bayar skit.

      Padam
  15. Kalau kereta axia boleh ke daftar untuk Uber?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tuan, silakan daftar hari ini juga. Ikut panduan di sini: Pastikan tuan telah ada 4 dokumen penting iaitu ic, lesen memandu, cover note insuran dan gambar selfie.

      Ikut panduan ini, boleh buat sendiri online sahaja.

      http://ubergrabcar.blogspot.my/2016/05/cara-daftar-jadi-pemandu-uber.html

      Padam
  16. tahu tak macam mna nk buat cover note insuran

    BalasPadam
  17. cover note insuran boleh buat ke hari sabtu? ada tak area punchong yg boleh buat cover note insuran ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cover note insuran tu syarikat insuran yang bagi. Setiap kereta mesti ada cover note insuran sebab kalau nak buat roadtax, kena ada insuran kecuali kereta yang tiada roadtax. Ini menyalahi undang2.

      Sila hubungi syarikat insuran kereta Intan jika tiada cover note atau nak tambah nama sebagai pemandu untuk kereta tersebut.

      Padam
  18. Tuan.. adakah bila kita daftar kenderaan kita, uber akan automatically set kenderaan kita sama ada ianya uber x, xl atau black? Ataupun kita yg perlu request? TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setelah daftar, Uber akan automatik masukkan kereta kita ke dalam kategori x, xl dan black.

      Sebagai contoh, jika alza, Uber akan automatik letakkan sebagai x dan xl. Begitu juga exora dan livina. Kita tak perlu minta.

      Tetapi, jika kereta kita adalah black, kita boleh minta supaya jadi x. Ini berlaku sebab jika kereta black, sukar nak dapat rider. Ada driver yang sanggup downgrade dari black ke x. Kalau tak best, boleh tukar balik ke black. No. prob.

      Padam
  19. Tuan.. adakah bila kita daftar kenderaan kita, uber akan automatically set kenderaan kita sama ada ianya uber x, xl atau black? Ataupun kita yg perlu request? TQ

    BalasPadam
  20. Adik saya da daftar kereta saya utk uber. Jika sorang lagi adik saya nak daftar guna kereta yg sama bole ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. BOLEH, dengan syarat nama adik seorg lagi tu ada dalam insuran kerete tersebut.

      Padam
  21. Satu number telefon untuk satu account sahaja ke? Sy daftar uber, tapi time nak register license and else sy tengok tiba-2 keluar singapore punya. Kenapa ek? Padahal pengesahan bandar adalah johor bahru. Ada kena mengena dgn GPS sy ke? Location GPS pula johor bahru juga. Buntu juga sy. Ni kali kedua pendaftaran sy gagal? Adakah sy boleh daftar guna number telefon yg lain iaitu telefon lagi satu takde aplikasi gps

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tengah fikir2 jawapannya ni. Pening juga saya nak faham soalan ni.

      Padam
    2. Begini,

      Sy ada daftar uber menggunakan number telefon sy. Tapi pendaftaran sy failed pada kali pertama and sy suruh pihak uber deleted account sy. So boleh tak untuk sy pakai number yang sama untuk register lagi sekali?

      And, sy buat pendaftaran. semasa memilih city, sy choose Johor Bahru. Tiba-2 masa untuk download dokumen, pada paparan hadapan semua mengenai cara pendaftaran Singapore. So, sy jadi buntu. City adalah Johor Bahru tetapi mengapa boleh paparan hadapan menunjukkan paparan Singapore? sebagai contoh, ' Upload your SGID '. Macamtu paparannya.

      And terakhir sekali, sy menggunakan dua number. Misalkata tak boleh untuk sy menggunakan number yang sama untuk pendaftaran baru, boleh tak sy guna number kedua sebagai rujukan number telefon, tetapi untuk menggunakan aplikasi uber, sy menggunakan number and hp pertama. which is number kedua, telephone cell takde sistem GPS cuma setakat utk call customer sahaja.

      Padam
    3. Tuan boleh call Uber di 03 9212 2575.

      Padam
    4. Boleh tolong semak kan saya punya permohonan sebagai pemandu uber.tk

      Padam
  22. Kalau beli kereta seken n buat uber bole??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tuan, pastikan kereta 2010 ke atas.

      Padam
  23. satu kereta uber boleh letak dua nama x?

    BalasPadam
  24. Kereta milik abang. tapi saya nak guna kereta tu untuk uber. boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Masukkan nama tuan dalam insuran kereta.

      Padam
  25. kereta daftar atas nama syarikat boleh ke tuan sebab di cover note xde nama individu

    BalasPadam
  26. Assalam Tuan,
    Saya dh daftar grab melalui pages tuan sudah 1 mggu tapi tiada apa2 feedback smpi hari ni.
    Mohon pcerahan.

    BalasPadam
  27. salam tuan,
    betul ke jika mendaftar sebagai uber, dan ade penumpang berdekatan yang request..driver wajib hadir ?
    kalau grabcar pulak... driver boleh pilih utk penumpang tue or tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. *kalau grabcar pulak... driver boleh pilih utk ambik penumpang tue or tak..

      Padam
    2. Admin macam bz..saya tolong jawab.

      uber dan grab ada apps yang hampir sama..setiap request dari rider seeloknya diambil untuk mengekalkan rating acceptance. sekiranya pemandu tidak menerima request samada uber atau grab maka rating acceptance akan menurun.

      perbezaan jelas antara grab dan uber ialah..untuk grab pemandu akan dapat tahu destinasi rider beserta jumlah bayaran. manakala uber hanya keluar lokasi dimana rider berada sahaja tanpa mengetahui destinasi.

      Padam
  28. kalau lesen P, boleh ke buat uber?

    BalasPadam
  29. sya brminat utk mnjadi pmandu uber..ttp tiada knderaan..adakh uber ada inisiatif utk pmnadu yg tiada knderaan..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada tuan, tuan boleh sewa kereta dulu. Boleh cuba cari di group wasap sewa kereta utk buat uber/grab https://chat.whatsapp.com/2GphqerOhGi3IaqUDXLrq9

      Padam
  30. sya brminat utk mnjadi pmandu uber..ttp tiada knderaan..adakh uber ada inisiatif utk pmnadu yg tiada knderaan..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya cadangkan, sewa kereta kat luar baru daftar uber atau grab. pastikan utk full time sahaja baru berbaloi

      Padam
  31. Salam.. Tuan boleh minta no whatsapp tuan.. Saya nk bertanya tentang Uber

    BalasPadam
  32. Salam Tuan, saya banyak dapat info yg bermanfaat dari page page Tuan =) saya nak tanya:

    1. Uber Driver tu samalah kan dengan Uber Partner?

    2. Saya dah daftar, cuma dia tulis "While your account is being reviewed, feel to watch the video", yang ni maksudnya saya kena tunggu 2-3 hari ye?

    3. Dan jika rider bayar cash maksudnya dah tak perlu tolak apa2 pada Uber ye? dan jika rider bayar credit card macamne nak taw yang dia dah betol2 bayar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. sama tuan
      2. tuan buka ikut google rakanuber.com, chat dgn cs minta dia approve
      3. uber ambil 25% setaip trip. Bayaran cash kita ambil semua dan uber akan potong dr bayran kad nanti. Seminggu sekali uber akan bagi penyata akaun. Boleh semak.

      Padam
  33. Slm tuan arman,sy da register sbagai driver uber,kete atas nama org umh sy,sy da upload cover note,tp uber still suh upload ag,da bnyk kali sy upload cover note tetap sama,cmna tu tuan arman?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin
      1. period of time tajde dlm cover note
      2. cover note expired
      3. nama tuan takde dlm cover note

      cuba semak.

      Padam
    2. Kete bru kua hujung bln nov 2016,nama sy sbagai pmndu tambahan

      Padam
    3. buka rakanuber.com dan chat dengan cs. Suruh dia semak akaun.

      Padam
  34. Assalamualaikum@selamat sejahtera..

    Saya baru mahu membawa grabcar sahaja.. buget kereta tahun buatan kereta grab ni dari 2007 keatas ke 2008..
    Kereta jenis hyundai accent boleh tak? chevrolet aveo bole?changan era cv6 bole? sebab saya tengah dalam proses memilih kereta.. harap dapat bantu saya. sekian terima kasih.

    BalasPadam
  35. 2008 ke atas. Tahun lepas 2007. Setiap tahun akan naik. Tahun depan 2009 sahaja.

    semak jenis kereta yg layak dan tak layak kat sini http://ubergrabcar.blogspot.my/2017/01/Kategori-senarai-jenis-kereta-Grabcar-Malaysia.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu kereta thn 2008 register uber..thn depan depan mcm mana statusnye..masih boleh bwk uber..atau setahun je bleh..

      Padam
  36. encik, apa akan jadi email ter typo. nak tulis yahoo tetapi tertaip hayoo. mcm mana skrang. any idea. or tunggu ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa daftar online ke apa? whatsapp saya 0192055657 utk sy daftarkan dgn info yg betul.

      Padam
  37. salam tuan, nk tnya klau ada 2 keta, alza dan vios. dua2 ni mmg nk reg uber bole x? 2 keta dlm 1 nama @ acc uber?

    BalasPadam
  38. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  39. Salam, kalau tahun ni saya 21 tahun. Tapi bulan 5 nanti baru genap 21 tahun, boleh ke kalau saya nak daftar uber?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak boleh, belum cukup umur lagi ni.

      Padam
    2. asalkan ada lesen penuh, boleh daftar uber

      Padam
  40. Saya nk tny..kalau ikutkan kereta layak sbgai uber black..tp saya tak jumpa pun dlm profile ade option x atau black..terbaca di blog lain yang mesti ade minima 60 trip baru dpt naik taraf ke black..btul ke ni? Mohon pencerahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salah satu cara, tuan buka rakanuber.com dan chat dengan CS. Diorg boleh semak acc driver.

      Padam
  41. As'salam..kereta yg lbih dr 7 thn mmg x bleh le.register

    BalasPadam
    Balasan
    1. Utk daftar uber, kereta kena min tahun 2008 tuan.

      Padam
  42. Sy dh mohon scre online..tp diminta cover note..sy cume ad salinan expired pada 12.6.2017.y tu boleh hantar atau tidak..atau..saya kne renew dlu bru apply balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh hantar, bagi jelas gambarnya tuan

      Padam
  43. Assalam Tuan,

    Suami saya dah register uber, tapi masalahnya di sini, lesen dia sekarang sudah convert kepada lesen singapore. dan lesen malaysia pula dah blacklist.

    ada solution tak untuk ini? selain daripada cancelkan semula lesen singapore tu. terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi saya masa untuk cari info mengenai lesen oversea utk buat grab di Malayisa. Tq tuan.

      Padam
  44. Tanpa Nama21 Jun, 2017

    uber dgn grabcar compny berbeza,bolehkah daftar utk jd driver bg kedua2 nya skali

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tuan. whatsapp saya 0192055657 utk daftar cara mudah

      Padam
  45. Salam tuan nk tanya saya register uber tp kena reject.. sy dh pegi ke pejabt uber di jb.. dia kata background check sy x lepas... x tau sebb.. sy ada saman speedtrap tertunggak dan saman jpj yg belum selesai. Tp en kata jika saman msh boleh lepas.. mcm mana sy nk reapply uber.. tk

    BalasPadam
  46. Salam tuan nk tanya saya register uber tp kena reject.. sy dh pegi ke pejabt uber di jb.. dia kata background check sy x lepas... x tau sebb.. sy ada saman speedtrap tertunggak dan saman jpj yg belum selesai. Tp en kata jika saman msh boleh lepas.. mcm mana sy nk reapply uber.. tk

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa saman skit2 boleh lepas, kalau kes mahkamah sangkut

      Padam
  47. Assalamualaikum tuan. kalau tak ada kereta, boleh ke menjadi pemandu uber?

    BalasPadam