Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Nota dari pemandu Uber dan Grab kepada pemandu teksi

Nota dari pemandu Uber dan Grab kepada pemandu teksi

Kemasukkan perkhidmatan kereta Uber dan Grab telah di akui menganggu pendapatan pemandu teksi di Malaysia tetapi siapakah yang bersalah sebenar dalam kes ini. Yang ini masih kabur lagi tetapi  yang pasti pemandu teksi marah kepada pemandu uber dan grab kerana mengambil penumpang mereka. Tetapi harus difikirkan juga, penumpang yang memilih uber dan grab bukan pemandu uber dan grab yang memaksa.

Perkhidmatan uber dan grab ni tak termaksud dalam mana-mana undang-undang lagi di Malaysia. Jadi jika kena roadblock polis tu, jangan takut. POlis tak akan kacau. Yang kacau secara haram ialah pemandu teksi sahaja. Jangan tunjuk samseng ya. Untuk biasakan membawa penumpang pun bukan senang, perlukan tip-tip kepada pemandu uber dan grab juga. Barulah nampak lebih profesional.

Nota dari pemandu Uber dan Grab kepada pemandu teksi


income uber malaysia

Biasa kita dengan kata-kata dari pemandu teksi kepada pemandu uber dan grab kan. Kali ni saya sajikan Nota dari pemandu Uber dan Grab kepada pemandu teksi dan jika korang nak tambah apa-apa korang boleh letak kat bahagian komen.

1. Pemandu uber dan grab juga ada keluarga untuk di sara, bukannya pemandu teksi. So, pemandu teksi tak perlu nak cakap mereka ada anak dan bini kat rumah sebab pemandu uber dan grab pun sama juga. Kita mencari rezeki halal di muka bumi ni.

Buat duit kaw-kaw tanpa memandu kereta Uber

2. Kita tak ganggu periuk nasi pemandu teksi. Bukan kita yang ganggu tetapi penumpang yang memilih kita. jadi kita ambil peluang ini. Itu sahaja. Jika penumpang nak pergi ke teksi. kita tak pernah halang pun. Silakan sebab penumpang itu raja ( raja kapoor )


3. Pemandu teksi kena bayar setiap hari kat syarikat teksi. Jangan ingat kereta uber dan grab itu tak perlu nak bayar bank ke bulan-bulan. Masih bayar juga tau, ada yang mahal dan murah tengok jenis apa la. Soal bayaran ni masing-masing bayar kereta. Bukannya duit tambang tu dapat semua kat pemandu uber dan grab. Kena juga bagi 20% untuk grab dan 25% untuk uber.

4. Puspakom. Keadaan kereta teksi tu jaga lah sikit. Kereta dah buruk tu memanglah kena pergi check puspakom untuk keselamatan. Kereta Uber dan grab ni banyak kereta keluarga, untuk bawak anak bini guna kereta ni la. Mesti servis dan jaga setiap masa. Tul tak?

Itu sahaja untuk kali ini. Kalau korang nak tambah apa-apa point, sila berikan kat komen. Nanti kami update kat sini. Terima kasih. Jangan marah abam teksi.



Terima kasih kerana membaca Nota dari pemandu Uber dan Grab kepada pemandu teksi.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 komen:

Catat Ulasan