Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Tips untuk pemandu Grab baru aktif akaun

Tips untuk pemandu Grab baru aktif akaun

Kami tahu tuan telah mengalami satu penantian yang menyeksakan untuk mendaftar sebagai grab di mana 2-3 hari tu terasa lama sangat. Tak sabar nak jadi pemandu grabcar berdaftar dan mula menjana duit sebagai pemandu grab di lokasi-lokasi Grab beroperasi di seluruh Malaysia. Tahniah permohonan anda sebagai pemandu grab telah berjaya dan apa langkah seterusnya yang perlu anda buat untuk mula online app grab driver ni.

Oh ya, jika anda telah daftar sebagai driver grabcar sahaja, anda rugi kerana anda juga boleh mendaftar sebagai driver uber dalam masa yang sama dan menggunakan phone yang sama. Untuk pengetahuan anda, Grab dab Uber ni syarikat berlainan yang bersaing antara satu sama lain dan ada kelebihan masing-masing. Bagi pemandu uber di Malaysia, antara kelebihan Uber berbanding Grab ialah Uber ada " Q " di KLIA, bayaran Uber adalah mengikut jadual dan tak delay seperti Grab, App Uber tak perlu top up, Uber mengikut masa perjalanan di mana kalau jalan jem, Uber adalah terbaik sebab harga akan meningkat dan driver akan untung. Anda boleh whatsapp saya 019 2055657 untuk daftar sebagai pemandu uber.



Apa perlu buat setelah akaun pemandu Grab aktif?


Mesti anda tak tahu kan kecuali kawan-kawan ada bagitahu anda dan anda pernah baca di blog macam blog ini. Akaun pemandu grab dah aktif, dan apa nak buat seterusnya?

1. Download app grab driver - anda kena download dulu di mana link download untuk android dan iphone adalah berbeza. Bila anda online dan keluar peta di app, maknanya akaun pemandu Grab anda telah aktif.
Tips driver Grab baru


2.Top up app grab driver - anda kena top up app grab driver ni. Top up grab ini adalah supaya Grab boleh potong 20% ( daftar sebelum 14.8.17 ) atau 25% ( daftar selepas 14.8.17 ) setiap trip seperti yang dijanjikan oleh grab. Cara top up app grab ni mudah sahaja:

Cara 1: Beli kat Petronas / 7e / Kk mart Yg terpilih sahaja. Kata nak beli “ GRAB TOP UP “.
CARA TOPUP GRAB GUNA PIN - Tekan 3 baris atas sblh kiri app > grabpay wallet > credits > top up with pin > masukkan no topup > confirm.

Cara 2: www.e-pay.com.my
Reg free > Log in > Pilih others > Pilih grab > Pilih 10/20/50 > Link ke cimb/maybank2u

Cara 3: Transfer drpd cash wallet (grabpay)
Tekan credit balance > Topup with account > Pilih 10/20/50 > Submit > Success


Setelah anda buat dua perkara di atas, anda telah bersedia untuk menjana duit sebagai pemandu Grab.

Tip hari pertama pemandu Grab


Sudah tentu anda perlukan tip untuk bermula kan. Kat bawah ni ada beberapa tip untuk pemandu grab baru:

1. Tengok balik manual pemandu grab - banyak info penting dalam manual ni. Anda sepatutnya tengok 2-3 kali supaya lebih paham dan yakin untuk bermula sebagai grab driver. Untuk refresh kembali tentang grab, cara guna app, bayaran, insentif sila tonton kembali VIDEO grab:


2. Simpan no Grab ni dalam telefon supaya senang nak minta bantuan jika ada masalah.

Grab: 03-7964 5000 / 1300-80-5858
Grab emergency ( kemalangan ): 018-263 2340

3. Pastikan anda jaga rating berikut:

Acceptance rate: min 30%
Cancellation : max 10%

4. Sediakan cukup kecil untuk bagi baki sebab 90% bayaran adalah secara tunai. Saya cadangkan anda sediakan:

2 keping duit rm10
5 keping duit rm5
20 keping duit rm1

Supaya anda tak kalut nak bagi baki, baru nampak pro sikit.

5. Isi minyak secukupnya, elakkan masa bawa penumpang singgah stesen minyak. Penumpang tak suka dan rating akan jatuh.

6. Guna smartag dan toup secukupnya. Touch n go pun dah cukup.

7. Makan dan minum secukupnya supaya anda tak perlu tercari-cari kedai makan. Sebab driver akan pergi ke mana-mana lokasi yang kita tak biasa, jadi kedai makan pun kita tak tahu kat mana. Bazir masa nak cari kedai makan.

8. Pastikan bila penumpang naik, ucapkan assalamualikum atau hai, itu sudah cukup. Kalau penumpang duduk belakang, maknya dia nak privacy. Jadi jangan kacau. Tak semua penumpang suka kita tanya soalan. Diam lagi bagus kecuali kalau penumpang yang bercakap. Jangan memburukkan penumpang lain depan penumpang dalam kereta.

9. Lepas drop off penumpang, tunggu 5 min kat situ, kalau takde ping masuk terus bergerak ke kawasan hotspot. Pastikan enjin kereta di matikan semasa menunggu, cari kawasan-kawasan redup untuk menunggu. Jangan meronda-ronda dengan kereta, rugi duit bayar minyak.

10. Pakaian bebas tetapi kemas.

Kawasan hotspot untuk pemandu Grab


Universiti Malaysia / Tropicana City Mall / Jaya One
Eastin & Phileo Business Park / Atria Shopping Complex / SS2 Commercial Area
Digital Mall / Jaya 33 & Plaza 33 / Paradigm Mall
Citta Mall / Subang Airport / Dataran Sunway & The Strand
The Curve & IKANO Power Centre / 1Utama / TTDI
One Avenue, The Roof, Sri Pentas / Centrepoint BU / Damansara Uptown
Plaza Damansara / Hartamas Commercial Area / Garden International School
Publika / One Mont Kiara / Plaza Damas / Damansara Town Centre
Telawi / Bangsar Shopping Centre / MidValley Megamall
Menara TM / KL Sentral / The Sphere / Nexus/ Pantai HillPark
Hilton & Le Meridien / Petaling Street & Central Market / Masjid Jamek
Pavilion & Bkt Bintang / KLCC / Fraser Business Park
Kenanga Wholesale City / PWTC / GE Mall
Tmn U-Thant & Embassy Row / Ampang Point / Amcorp Mall & Tmn Jaya LRT
Sunway Pyramid / SS15 / Sunway University / Taylor's Lakeside
Monash University / KL Tower / Pasar Seni LRT Station / Changkat Bkt Bintang
Sunway Putra Mall / USJ 10 - Taipan / One City / Sri Petaling Commercial Area
Kuchai Entrepreneur's Park / Summit USJ / One Ampang Avenue
ISKL / Flamingo Hotel / Gleneagles Ampang Hospital
KoreaTown / Royal Selangor Polo Club / Fairview International School
Wangsa Walk / Platinum Walk / PV 10 / TAR College

Di harap sedikit tip untuk pemandu baru grab ni dapat membantu. Jika ada soalan, anda boleh tinggalkan kat komen.




Terima kasih kerana membaca Tips untuk pemandu Grab baru aktif akaun.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



22 komen:

  1. Asslm... brp percent yg grab/uber akn charge drp pendapatan kita? Dan bagaimanakah byrn tersebut dibuat sekiranya sbg cth pd bln itu 100% riders mbayar kita scara tunai..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. uber dan grab ambil 25% dari tambang. Grab kena top up dulu, hq akan potong dr top up. Ukt uber, uber akan ambil dari bayaran penumpang yang bayar guna kredit kad ( setiap minggu bayaran kad akan masuk acc bank, dari sini uber akan ambil 25%).

      Padam
  2. berapa hari grab nak tranfer duit dalam cash wallet kew akan bank kite yer

    BalasPadam
  3. Mana satu yang lebih untung? Uber atau Grab?

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama08 Mac, 2018

    Tuan waktu apply dulu ada mention kawasan@area memandu dimana (cth JB,PUTRAJAYA,KL) jika x ikut/luar kawasan yg didaftarkan boleh pick up rider ke?

    BalasPadam
  5. utk grab dan uber, perlu pilih bandar memandu seperti bandar kl/sel, n9, JB, melaka... selain dr bandar yg di daftarkan, job tak akan masuk. Caranya, kena buka akaun di kwsn lain guna phone lain, no lain dan email lain.

    BalasPadam
  6. Boleh ke nak buka akaun grab lebih dr 1?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, tetapi kena guna lain2 telefon, no dan email daripada lokasi pertama.

      Padam
  7. Saya ni baru lagi jadi driver grab tp tahu mana nak beli top up.. haritu ada tanya kat 7E or petronas tp lansung xada.. boleh admin bagitahu tips2 beli top up kat kedai..

    BalasPadam
  8. Saya ni baru lagi jadi driver grab tp tahu mana nak beli top up.. haritu ada tanya kat 7E or petronas tp lansung xada.. boleh admin bagitahu tips2 beli top up kat kedai..

    BalasPadam
  9. Saya ni baru lagi jadi driver grab tp tahu mana nak beli top up.. haritu ada tanya kat 7E or petronas tp lansung xada.. boleh admin bagitahu tips2 beli top up kat kedai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://chat.whatsapp.com/Jq8onIo5JtjF9H9sUTQN8o

      Padam
  10. Kalau kita lambat sampai ke destinasi, adakah rating akan jatuh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rating pelanggan yg berikan, kena beri layanan yg baik kepada pelanggan.

      Padam
  11. Siapa bole bagi jawapan soalan quiz garb?

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. jika ada saman yang belum di jelaskan seperti kesalahan lebih had laju adakah kita layak untuk mendaftar sebagai gran driver

    BalasPadam
  13. Maksudsaya pendaftaran baru grab driver

    BalasPadam