Cara driver daftar driver baru Grab untuk dapat referral bonus

thumbnail
Driver biasa yang telah ada akaun pemandu Grab boleh daftarkan driver baru yanglain untuk jadi driver grab sebenarnya dan Grab akan bagi referral bonus kepada driver yang mendaftarkan driver baru yang lain. Promosi berlainan dari masa ke semasa. Jadi sebagai pemandu Grab, anda juga bonus buat duit dengan refer driver lain untuk jadi pemandu Grab.

Cara driver daftar driver baru Grab untuk dapat referral bonus tak lah susah sangat tetapi makan masa sebab langkah terakhir kena pergi kiosk atau hq grab untuk verify cokumen. Biasanya ramai yang sangkut kat sini, begitu juga yang daftar sebagai pemandu grab sendiri secara online. Langkah terbaik ialah daftar dengan alpha driver tanpa kiosk (driver yang dilantik grab untuk daftar driver baru).

Cover note insuran ( the schedule / jadual ) untuk daftar uber dan grabcar

thumbnail
Ramai yang pending status selepas daftar sebagai pemandu grab dan juga daftar sebagai pemandu uber kerana beberapa sebab dan sebab utama pending daftar pemandu grab dan uber ialah upload dokumen cover note insuran kereta ( the schedule ) yang salah. Tujuan perkongsian kali ini tentang tip daftar uber dan grab ialah nak fokus kepada contoh gambar cover note insuran ( the schedule / jadual ) untuk daftar uber dan grab.

Cover note insuran kereta yang uber perlukan ialah yang ada tulis " the schedule " ( uber tak terima insuran yang ditulis " confirmation of purchase " manakala grab terima dua-dua dokumen iaitu the schedule dan confirmation of purchase. Kedua-dua dokumen ini diberikan oleh insuran kepada anda selepas anda renew insuran kereta anda. Dua-dua dokumen ni mesti ada.

Daftar pemandu uber : kena bagi gambar cover note the schedule
Daftar pemandu grab : kena bagi gambar cover note the schedule atau confirmation of purchase ( salah satu)

Contoh gambar cover note insuran ( the schedule / jadual ) untuk daftar uber dan grab


Memandangkan, ramai yang tersalah bagi gambar  masa daftar uber terutamanya, kami akan berkongsi contoh-contoh cover note insuran kepada anda untuk daftar uber dan grab.


Zurich

Contoh gambar cover note insuran schedule jadual
Etiqa takaful - the schedule


daftar pemandu uber
Cover note insuran - Kurnia

Fake GPS Uber dan Grabcar driver app

thumbnail
Ramai yang bercita-cita untuk gunakan Fake GPS Uber dan Grab driver app. Memang mudah telah dibuktikan senang nak dapat job di lokasi panas juka gunakan Fake GPS Uber dan Grab driver app kerana driver boleh set lokasi yang tepat-tepat berdekatan bakal rider terutamanya di airport. Walaupun duduk di kedai makan, tetapi kereta driver berada di pintu airport, bestkan sebab tu ramai yang nak gunakan fake gps untuk uber dan grab ni.


Tetapi, mesti ingat bahayanya sebab uber dan grab boleh kesan penggunaan fake gps ni. Sekali kena, tiada maaf bagimu sebab akaun driver uber dan grab akan terus kena banned, tak boleh merayu dah. Nak daftar baru sebagai pemandu grab atau register sebagai uber driver dah tak boleh sebab identiti anda telah di ban oleh mereka. Jadi apa pilihan yang ada? Berbaloikah menggunakan fake gps uber atau grab?

Hour guarantees dan Flexi bonus: apa benda ni?

thumbnail
Terbaru grab telah mengubah sistem di mana terdapat dua jenis insentif telah diperkenal ( diperbaikki dari insentif yang lama ) iaitu Hour guarantees dan Flexi bonus. Apa sebenarnya Hour guarantees dan Flexi bonus ni ye. Ramai yang keliru kerana ini sistem yang baru dan pengiraan insentif grab yang memeningkan jugak la dengan sistem yang agak komplek untuk di fahami oleh driver yang pelbagai latar belakang pendidikan. Kami cuba memahami dan berkongsi apa yang kami faham tentang insentif grab ni iaitu Hour guarantees dan Flexi bonus. Anda juga boleh berkongsi pengalaman anda di ruangan komen.

Seperti yang kita tahu, terdapat dua jenis insentif iaitu Hour guarantees dan Flexi bonus dan dua jenis program iaitu ambassador dan associates. Anda jangan keliru antara dua ni ye sebab faedah antara kedua-dua program dan insentif grab ini berlainan. Mahu tak mahu, driver grab terpaksa memahami sistem ini untuk memaksimunkan pendapatan sebagai pemandu grab di Malaysia. Tidak seperti program grab sebelum ini yang hanya komisen di ambil 20% sahaja, tetapi sekarang grab telah mengambil 25% daripada driver ( sama seperti uber ) tetapi terdapat pilihan di mana driver masih boleh memberikan komisen hanya 20% kepada grab. Grab semacam telah memaksa pemandu memilih untuk jadi pemandu grab atau pemandu uber.

Cara daftar grabcar malaysia

thumbnail
Semakin lama semakin susah untuk daftar grab Malaysia walaupun cara daftar grab Malaysia taklah susah mana.Tetapi syarat untuk jadi pemandu grabcar telah diketatkan, termasuk juga syarat untuk jadi pemandu uber. Ada juga yang terfikir, grabcar atau uber ? Mungkin anda juga sama nak pilih salah satu. Sebenarnya anda boleh daftar kedua duannya sebagai pemandu uber dan pemandu grabcar dalam satu masa. Carilah grab alpha Malaysia ( seperti saya ) untuk mendaftar sebab banyak kelebihannya terutamanya dari segi tips untuk menambah income sebagai pemandu grabcar malaysia.

Cara daftar online pemandu uber 2017

thumbnail
Cara daftar online pemandu uber 2017. Ramai yang nak jadi pemandu uber di Malaysia. Dan perndaftaran sebagai pemandu uber telah dipermudahkan. Ada beberapa cara untuk mendaftar sebagai pemandu uber di Malaysia ni dan pendaftarannya lebih cepat berbanding daftar sebagai pemandu grab tetapi pengaktifannya lebih lambat dari grab kereta uber perlu buat semakan background dulu sedangkan grab bukan semakan background setelah akaun driver di luluskan.

Cara daftar online driver uber ni telah saya kongsikan dalam post bertajuk cara senang daftar pemandu uber online di Malaysia. Anda boleh ikut langkah yang telah saya kongsikan, memang senang sahaja dengan syarat dokumen anda jelas dan lengkap. Sesiapa sahaja boleh daftar pemandu uber ni sebab syarat sangat min - lesen penuh dan kereta tahun min 2008.

Berapa lama proses daftar pemandu grab dan uber

thumbnail
Nak daftar pemandu grab dan uber memerlukan masa tetapi tidak lama jika semua dokumen yang di berikan jelas dan penuh. Pendaftaran pemandu grab dan uber atau pun salah satu sahaja semakin lama semakin sukar. Jadi eloklah jika tuan berminat daftar sekarang pemandu grab dan daftar pemandu uber. Free sahaja pendaftaran sebagai driver grab dan uber ni.

Jika dan nak daftar sendiri online pemandu grab, mungkin akan makan masa kerana belum tahu langkah-lankah daftar pemandu grab ni. Begitu juga pemandu uber tetapi jika tuan ikuti langkah yang saya dah kongsikan untuk daftar pemandu uber ni, tuan tentu tidak sesat dan pendaftaran akan berjalan lancar. Seeloknya whatsapp saya untuk daftar pemandu grab dan uber kerana saya telah berjaya daftarkan hampir seribu driver ( whatsapp saya 0192055657 - wasap.my/60192055657/daftar ).

Tips untuk pemandu Grab baru aktif akaun

thumbnail
Kami tahu tuan telah mengalami satu penantian yang menyeksakan untuk mendaftar sebagai grab di mana 2-3 hari tu terasa lama sangat. Tak sabar nak jadi pemandu grabcar berdaftar dan mula menjana duit sebagai pemandu grab di lokasi-lokasi Grab beroperasi di seluruh Malaysia. Tahniah permohonan anda sebagai pemandu grab telah berjaya dan apa langkah seterusnya yang perlu anda buat untuk mula online app grab driver ni.

Oh ya, jika anda telah daftar sebagai driver grabcar sahaja, anda rugi kerana anda juga boleh mendaftar sebagai driver uber dalam masa yang sama dan menggunakan phone yang sama. Untuk pengetahuan anda, Grab dab Uber ni syarikat berlainan yang bersaing antara satu sama lain dan ada kelebihan masing-masing. Bagi pemandu uber di Malaysia, antara kelebihan Uber berbanding Grab ialah Uber ada " Q " di KLIA, bayaran Uber adalah mengikut jadual dan tak delay seperti Grab, App Uber tak perlu top up, Uber mengikut masa perjalanan di mana kalau jalan jem, Uber adalah terbaik sebab harga akan meningkat dan driver akan untung. Anda boleh whatsapp saya 019 2055657 untuk daftar sebagai pemandu uber.

Tips driver Grab baru


Apa perlu buat setelah akaun pemandu Grab aktif?


Mesti anda tak tahu kan kecuali kawan-kawan ada bagitahu anda dan anda pernah baca di blog macam blog ini. Akaun pemandu grab dah aktif, dan apa nak buat seterusnya?

1. Download app grab driver - anda kena download dulu di mana link download untuk android dan iphone adalah berbeza. Bila anda online dan keluar peta di app, maknanya akaun pemandu Grab anda telah aktif.


2.Top up app grab driver - anda kena top up app grab driver ni. Top up grab ini adalah supaya Grab boleh potong 20% ( daftar sebelum 14.8.17 ) atau 25% ( daftar selepas 14.8.17 ) setiap trip seperti yang dijanjikan oleh grab. Cara top up app grab ni mudah sahaja:

Cara 1: Beli kat Petronas / 7e / Kk mart Yg terpilih sahaja. Kata nak beli “ GRAB TOP UP “.
CARA TOPUP GRAB GUNA PIN - Tekan 3 baris atas sblh kiri app > grabpay wallet > credits > top up with pin > masukkan no topup > confirm.

Cara 2: www.e-pay.com.my
Reg free > Log in > Pilih others > Pilih grab > Pilih 10/20/50 > Link ke cimb/maybank2u

Cara 3: Transfer drpd cash wallet (grabpay)
Tekan credit balance > Topup with account > Pilih 10/20/50 > Submit > Success


Setelah anda buat dua perkara di atas, anda telah bersedia untuk menjana duit sebagai pemandu Grab.

Tip hari pertama pemandu Grab


Sudah tentu anda perlukan tip untuk bermula kan. Kat bawah ni ada beberapa tip untuk pemandu grab baru:

Cara jadi pemandu Uber

thumbnail


Cara jadi pemandu Uber. Senang je sebenarnya nak jadi pemandu uber di Malaysia ni. Kalau tuan tahu caranya memang simple je untuk daftar pemandu uber. Dalam blog ini saya dah kongsi cara mudah dan betul untuk daftar uber driver. Kalau anda ikut betul-betul panduan pendaftaran pemandu uber yang saya kongsikan, anda akan berjaya menjadi pemandu uber dalam masa tak sampai 3 hari sahaja.

Untuk pengetahuan anda, kita boleh jadi pemandu uber dan pemandu grab dalam waktu yang sama menggunakan phone yang sama. Yang mana lagi bagus? grab ke uber? Kalau anda nak tahu lebih lanjut perbezaan antara grab dan uber, anda boleh baca dalam post yang yang telah saya kongsikan sebelum ni.

Uber driver online registration Malaysia

thumbnail
Uber driver online registration Malaysia. Nak jadi pemandu uber ni takde le susah sangat. Kereta tahun 2008 ke atas dan tak memerlukan inspection seperti pemandu grab jika kereta bawah 2010 ( 2007 ke 2010 untuk jadi pemandu grab kena buat inspection kereta tersebut ). Uber driver online registration memang mudah, tak macam grab yang lebih susah untuk daftar sendiri. Sebab itu ramai uber drive boleh daftar sendiri sebagai pemandu uber secara online sahaja tetapi kena tahu dokumen apa yang diperlukan.

Uber driver registration walaupun senang tetapi ramai juga yang sangkut masa daftar kerana tak mengikut penduan yang uber berikan semasa mendaftar jadi pemandu uber. Proses registration uber driver jika anda lakukan dengan hati-hati boleh diluluskan dengan cepat. Tetapi seperti yang saya katakan, ramai sangkut di bahagian upload dokumen kerana dokumen tak lengkap.

Daftar Grab Tanpa Kiosk 2017

Cara percuma daftar pemandu Grabcar tanpa kiosk