Home » , » Cara mudah daftar pemandu uber online percuma di Malaysia 2017

Cara mudah daftar pemandu uber online percuma di Malaysia 2017

Cara untuk jadi pemandu uber di Malaysia sangat mudah. Anda boleh daftar online secara percuma sahaja di mana saya cuba bantu anda dengan menyediakan panduan cara mudah daftar pemandu uber online percuma di Malaysia 2017. Anda boleh guna smartphone anda untuk daftar sebagai driver uber. Pendaftaran driver uber adalah percuma.

Saya telah sediakan cara daftar pemandu uber online percuma ni dalam bentuk langkah demi langkah untuk memudahkan mendaftar uber. Setelah akaun anda diluluskan, anda boleh menjana income sebagai pemandu uber min rm4000 sebulan untuk full time dan part time boleh mencecah rm2000 sebulan. Saya akui, setelah menjadi pemandu uber ni, saya boleh menyimpan untuk untuk masa hadapan, mana lah tahukan apa yang akan berlaku.

Cara daftar pemandu uber online ni saya sediakan daripada smartphone saya. Sata printskrin langkah demi langkah supaya anda tidak terkeliru semasa mendaftar nanti. Saya sangat-sangat berharap, semuga anda berjaya mendaftar sebagai pemandu uber menggunakan panduan yang saya berikan di bawah.

Cara mudah daftar pemandu uber online percuma di Malaysia 2017


Sebelum mendaftar sebagai pemandu uber online ni, anda kena sediakan 4 dokumen yang diperlukan untuk daftar driver uber ( ambil gambar guna smartphone )

Gambar depan ic
Gambar depan lesen
Gambar cover note insuran kereta ( yang ada info tentang kereta )
Gambar selfie anda
Kemaskini 03/10/2017: Min tahun kereta di buat 2011 sahaja ( bukan 2008 seperti sebelum ni)

Biasanya, ramai yang sangkut pada gambar cover note kerana:

1. tak jelas - pastikan semua info dapat di baca apabila uber hq zoom gambar cover note semasa menyemak pendaftaran pemandu uber anda.

2. info tak lengkap - ada cover note yang tidak ditulis tarikh tamat insuran ( period of insuran ) dan no plate kereta. Jika ini berlaku, anda kena berikan juga gambar geran dan roadtax ( yang kat cermin kereta tu ) di mana ketiga-tiga dokumen ini ( cover note, geran dan roadtax ) hendaklah hanya di dalam satu gambar. Anda susun dokumen-dokumen ni dan ambil satu gambar.
[update 2.7.17]
cara jadi pemandu uber

3. cover note tiada nama anda - anda kena bagi endorsement ( dokumen yang menyatakan bahawa anda ialah pemandu kereta yang hendak di daftarkan untuk buat uber ). Jika nama anda tiada, hubungi insura untuk tambah nama anda ( bayar rm10 sahaja ) . Susun sebelah-sebelah gambar cover note dan endorsement dan ambil sekeping gambar.
[update 2.7.17]
uber partners driver

Setekah anda siapkan semua dokumen yang diperlukan ( 4 gambar semuanya ), anda ikuti panduan bergambar untuk mendaftar sebagai pemandu uber online di  bawah.

Langkah 1

Anda klik daftar pemandu UBER percuma ( klik sini ).


daftar pemandu uber malaysia


Langkah 2

Isikan maklumat yang dperlukan. Jangan lupa memilih bandar untuk memandu uber nanti.


uber driver app


Langkah 3

Jika email yang anda masukkan telah digunakan sebelum ini ( mungkin anda pernah mendaftar tetapi tak lengkap ), anda kena gunakan email lain. Jika tiada email lain, anda boleh ubah email anda dengan menambah +xxx. Contoh siti+xxx@gmail.com.


uber partner sign in

Langkah 4

Sampai ke bahagian di mana anda kena upload dokumen yang telah anda sediakan tadi. Klik tanda ' > ' untuk upload dokumen.

uber driver app

Langkah 5

Klik ' TAKE PHOTO ' dan anda pilih gambar ic yang telah anda sediakan tadi di dalam smartphone anda.



how does uber work for drivers 

Langkah 6

Seterusnya upload gambar lesen dan cover note insuran kereta.


uber partner payment statement

Langkah 7

Setelah semua dokumen yang diperlukan diupload, tekan  ' CONTINUE '


uber partner support


 Langkah 8

Setelah itu, anda boleh semak email di mana uber secara automatik telah hantar satu email mengenai pendaftaran anda. Pastikan anda ingat login dan password untuk memasukkan kembali dokumen yang di tolak jika anda ada masalah seperti tak jelas dan sebagainya. Pada masa ini pendaftaran pemandu uber telah sampai ke pihak uber di mana mereka perlukan sedikit masa untuk menyemak permohonan pemandu uber anda.

And juga boleh download app ' DOWNLOAD THE APP ' dan masukkan ke akaun uber anda ' GO TO YOUR DASHBOARD '. App uber driver anda masih tidak boleh di gunakan kerana uber belum aktifkan akaun driver anda.


daftar driver uber percuma online malaysia

Langkah 9

Untuk pendaftaran permohonan pemandu Uber anda lebih pantas, anda chat dengan customer service untuk Uber terus semak permohonan anda sama ada dokumen yang anda hantar diterima ke tidak.

[Update 2/7/2017] Chat dengan customer services Uber ( Isnin - Sabtu, 10 pagi ke 6 petang sahaja ) : http://t.uber.com/klchat

Uber akan sms/email anda menyatakan status permohonan anda. Dari masa ke semasa, anda login ke akaun uber driver anda menyemak status pendaftaran. Jika pending dokumen, sila upload lagi sekali. Pastikan dokumen yang anda berikan ada ditulis nama anda sebagai driver dan period of insuran. Gambar mesti jelas. Di sini ada panduan untuk anda semak status dokumen permohonan pemandu uber. Selepas 3 jam upload dokumen, anda boleh semak status permohonan seperti panduan yang saya berikan dalam link ini.

Langkah 10

Sementara menunggu akaun uber anda diluluskan, anda boleh buat perkara seperti di bawah:
1. tukar password ( jika mahu ) di http://partners.uber.com
2. masukkan no akaun bank di http://vault.uber.com
3. join group whatsapp uber https://chat.whatsapp.com/8tWCtSaCIwKK3Mh23CJMzC 

Bagaiman tahu akaun pemandu uber dah lulus?

[Update 18/7/2017]  Uber akan email kepada pemohon jika akaun pemandu uber dah lulus dan anda dah boleh mula memandu uber. Contoh email dari Uber adaah seperti di bawah:

uber driver registration


Di harap pendaftaran sebagai pemandu uber online percuma Malaysia anda berjaya. Jumpa anda di group whatsapp. Jika anda ada kekeliruan, anda boleh tulis kat bahagian komen. Selamat memandu uber!.


Terima kasih kerana membaca Cara mudah daftar pemandu uber online percuma di Malaysia 2017.

Langkah seterusnya:

1. DAFTAR sebagai pemandu UBER.

2. DAFTAR sebagai pemandu GRABCAR.

3. Buat duit dengan UBER tanpa memandu?.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



9 komen:

  1. Sayang pulak saya tak de kereta.

    Kalau tak boleh juga grabcar

    BalasPadam
  2. Kena angkat tu tuan satu, bayar muka je. Monthly tu duir grab dah boleh cover.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama08 Jun, 2017

      tuan..kawan saya dh register guna pakai app kt playstore dye dah hntr ic lesen dgn road tax..dh sent lepas tuh nk bt ape yer??

      Padam
    2. Tanpa Nama09 Jun, 2017

      Nk sewa kereta mcm.mn

      Padam
    3. Chat dengan customer services Uber: http://t.uber.com/klchat

      Padam
  3. Kalau tak ada Account bank sendiri guna Account bank wife boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tuan. Buka link tempat isi acc bank, ada satu borang kena isi: vault.uber.com

      Padam
  4. Salam tuan kete waja 2010 boleh lgi ke?
    Saya sudah daftar tpi asik "MISSING" pada bahagian "Proof of insurance"? Saya dah upload berkali2x tpi still same... tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2010 tak di terima tuan, min sekarang 2011

      Padam

Daftar Grab Tanpa Kiosk 2017

Cara percuma daftar pemandu Grabcar tanpa kiosk